Personal Data Protection Notice
KacauLabs — StinkThing Waitlist · Effective date: 19/09/2026 · Last reviewed: 19/09/2026
Introduction
KacauLabs cares about the protection of your personal data. This notice explains how we collect, use, share, store and dispose of your personal data when you join the StinkThing waitlist, and the steps we take to keep it secure.
This notice applies to people in Malaysia and Singapore. We comply with the Personal Data Protection Act 2010 (Malaysia) and the Personal Data Protection Act 2012 (Singapore).
Collection of personal data
We collect the following personal data from you:
- Name
- Email address
- Country, as you select on the form
- How you heard about us (for example, Instagram, TikTok or another channel you specify)
- A record of your consent, including the date and time you submitted the form
We do not collect sensitive personal data. The waitlist is open to people aged 18 and above only, and we do not knowingly collect personal data from anyone under 18.
Source of personal data
We obtain your personal data only from the StinkThing waitlist sign-up form.
Purpose of collection
We collect your personal data to:
- Send you updates about StinkThing, including test results, launch date and availability, only where you have consented by ticking the consent box
- Understand demand for StinkThing by country and how people are finding out about it. We may use totals (for example, the number of sign-ups per country or per channel) in our planning and in discussions with manufacturers and partners. These figures do not identify you.
Providing your name, email address and country is mandatory. Without them we cannot add you to the waitlist.
Storage and cross-border transfer
Your personal data is entered through and stored in Google Sheets, a service provided by Google. We send our emails using Gmail. The servers of Google may be located outside Malaysia and Singapore, so your personal data may be transferred to and stored outside your country.
We choose providers that publish security and data protection commitments, and we take reasonable steps to ensure your personal data is protected to a standard comparable to that under the Personal Data Protection Acts of Malaysia and Singapore, including the security measures described below.
Disclosure of personal data
We disclose your personal data to:
- Google, as a service provider that processes data on our behalf
- Any authority, where required for legal or regulatory purposes
We do not sell your personal data, and we do not share it with any other third party without your consent.
Security measures
We take the following steps to protect your personal data:
- Access is restricted to the KacauLabs core team on a need-to-know basis
- Data is stored in access-controlled accounts protected by strong passwords
- We ensure our team does not misuse your personal data
- We collect only the personal data described above, which is all we need
Data breach
If we become aware of a breach affecting your personal data, we will assess it promptly. Where the breach is notifiable, we will notify the relevant authority — the Personal Data Protection Commission in Singapore within 3 calendar days of that assessment, and the relevant Malaysian authority as required — and will notify you directly where the breach is likely to result in significant harm to you.
Retention period
We retain your personal data until you ask us to remove you or delete your data, and in any case no later than 12 months after StinkThing launches. If we stop the project, we will delete the waitlist.
After that period we will permanently delete your personal data, unless we are required to retain it for legal purposes.
Your rights
You have the right to:
- Access the personal data we hold about you
- Correct or update your personal data
- Withdraw your consent to our processing of your personal data at any time
- Stop receiving promotional messages from us
- Request deletion of your personal data
If you withdraw your consent, we will remove you from the waitlist and stop emailing you. Withdrawing consent does not affect processing already carried out, or data we are required to retain by law. To stop receiving updates, email us and we will remove you.
To exercise any of these rights, email us using the details below. We will respond within 14 days.
Complaints
If you have a complaint about how we have handled your personal data, contact our data protection contact below. We will acknowledge your complaint within 7 days and aim to resolve it within 30 days. We will tell you the outcome and the reasons for it.
If you are not satisfied with our response, you may refer the matter to the Personal Data Protection Commission (Singapore) or the Personal Data Protection Department (Malaysia).
Contact us
Data Protection Contact
KacauLabs
Email: kacaulabs@gmail.com
Changes to this notice
We may update this notice from time to time. Any changes will be posted here with an updated "Last reviewed" date, and we will email waitlist members about material changes.
Notis Perlindungan Data Peribadi
KacauLabs — Senarai Menunggu StinkThing · Berkuatkuasa pada: 19/09/2026 · Terakhir dikemas kini pada: 19/09/2026
Pengenalan
KacauLabs mengambil berat mengenai perlindungan data peribadi anda. Notis ini menjelaskan bagaimana kami mengumpul, menggunakan, berkongsi, menyimpan dan memusnahkan data peribadi anda apabila anda menyertai senarai menunggu StinkThing, serta langkah-langkah yang kami ambil untuk memastikan data peribadi anda dilindungi.
Notis ini terpakai kepada orang di Malaysia dan Singapura. Kami mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Malaysia) dan Personal Data Protection Act 2012 (Singapura).
Pengumpulan data peribadi
Kami mengumpul data peribadi berikut daripada anda:
- Nama
- Alamat e-mel
- Negara, seperti yang anda pilih dalam borang
- Bagaimana anda mengetahui tentang kami (contohnya, Instagram, TikTok atau saluran lain yang anda nyatakan)
- Rekod persetujuan anda, termasuk tarikh dan masa anda menghantar borang
Kami tidak mengumpul data peribadi sensitif. Senarai menunggu ini terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja, dan kami tidak mengumpul data peribadi kanak-kanak di bawah umur 18 tahun dengan sengaja.
Sumber pengumpulan
Kami mendapatkan data peribadi anda daripada borang pendaftaran senarai menunggu StinkThing sahaja.
Tujuan pengumpulan
Kami mengumpul data peribadi anda untuk:
- Menghantar maklumat terkini mengenai StinkThing kepada anda, termasuk keputusan ujian, tarikh pelancaran dan ketersediaan, hanya sekiranya anda telah memberikan persetujuan dengan menanda kotak persetujuan
- Memahami permintaan terhadap StinkThing mengikut negara dan bagaimana orang mengetahui tentangnya. Kami mungkin menggunakan jumlah keseluruhan (contohnya bilangan pendaftar bagi setiap negara atau saluran) dalam perancangan dan perbincangan dengan pengilang dan rakan kongsi. Angka ini tidak mengenal pasti anda.
Pemberian nama, alamat e-mel dan negara anda adalah wajib. Tanpa maklumat tersebut, kami tidak dapat menambah anda ke dalam senarai menunggu.
Penyimpanan dan pemindahan merentas sempadan
Data peribadi anda dimasukkan melalui dan disimpan dalam Google Sheets, iaitu perkhidmatan yang disediakan oleh Google. E-mel kami dihantar menggunakan Gmail. Pelayan Google mungkin terletak di luar Malaysia dan Singapura, maka data peribadi anda mungkin dipindahkan dan disimpan di luar negara anda.
Kami memilih pembekal yang menerbitkan komitmen keselamatan dan perlindungan data mereka, dan kami mengambil langkah yang munasabah bagi memastikan data peribadi anda dilindungi pada tahap yang setanding dengan tahap di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia dan Singapura, termasuk langkah keselamatan yang dinyatakan di bawah.
Penzahiran data peribadi
Kami akan menzahirkan data peribadi anda kepada:
- Google, sebagai pembekal perkhidmatan yang memproses data bagi pihak kami
- Mana-mana pihak berkuasa, sekiranya dikehendaki bagi tujuan undang-undang atau kawal selia
Kami tidak menjual data peribadi anda, dan kami tidak berkongsi data peribadi anda dengan mana-mana pihak ketiga lain tanpa persetujuan anda.
Langkah keselamatan
Kami mengambil langkah-langkah berikut untuk melindungi data peribadi anda:
- Akses dihadkan kepada ahli teras KacauLabs sahaja, atas dasar keperluan
- Data disimpan dalam akaun terkawal yang dilindungi kata laluan yang kukuh
- Kami memastikan kakitangan kami tidak menyalahgunakan data peribadi anda
- Kami hanya mengumpul data peribadi yang dinyatakan di atas, iaitu maklumat yang diperlukan sahaja
Pelanggaran data
Sekiranya kami mendapat tahu mengenai sebarang pelanggaran data yang melibatkan data peribadi anda, kami akan menjalankan penilaian dengan segera. Sekiranya pelanggaran tersebut perlu dilaporkan, kami akan memaklumkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan — Personal Data Protection Commission di Singapura dalam tempoh 3 hari kalendar dari tarikh penilaian tersebut, dan pihak berkuasa Malaysia yang berkaitan sebagaimana yang dikehendaki — serta memaklumkan anda secara terus sekiranya pelanggaran tersebut berkemungkinan menyebabkan kemudaratan yang ketara kepada anda.
Tempoh penyimpanan
Kami akan menyimpan data peribadi anda sehingga anda meminta kami mengeluarkan atau memadamkan data anda, dan dalam apa jua keadaan tidak lewat daripada 12 bulan selepas StinkThing dilancarkan. Sekiranya kami menghentikan projek ini, kami akan memadamkan senarai menunggu tersebut.
Selepas tempoh tersebut, data peribadi anda akan dihapuskan secara kekal, melainkan kami dikehendaki menyimpannya atas sebab undang-undang.
Hak anda
Anda berhak untuk:
- Mengakses data peribadi anda yang kami simpan
- Membetulkan atau mengemas kini data peribadi anda
- Menarik balik persetujuan anda terhadap pemprosesan data peribadi anda pada bila-bila masa
- Menghentikan penerimaan mesej promosi daripada kami
- Memohon penghapusan data peribadi anda
Sekiranya anda menarik balik persetujuan anda, kami akan mengeluarkan anda daripada senarai menunggu dan berhenti menghantar e-mel kepada anda. Penarikan balik persetujuan tidak menjejaskan pemprosesan yang telah dilaksanakan sebelum itu, atau data yang perlu kami simpan di bawah undang-undang. Untuk berhenti menerima maklumat terkini, sila e-mel kami dan kami akan mengeluarkan anda daripada senarai.
Untuk melaksanakan mana-mana hak di atas, sila e-mel kami melalui butiran di bawah. Kami akan memberikan maklum balas dalam tempoh 14 hari.
Aduan
Sekiranya anda ingin membuat aduan mengenai pengendalian data peribadi anda, sila hubungi pegawai perlindungan data kami di bawah. Kami akan mengakui penerimaan aduan anda dalam tempoh 7 hari dan berusaha menyelesaikannya dalam tempoh 30 hari. Kami akan memaklumkan keputusan serta sebab-sebabnya kepada anda.
Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan maklum balas kami, anda boleh merujuk perkara ini kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi (Malaysia) atau Personal Data Protection Commission (Singapura).
Hubungi kami
Pegawai Perlindungan Data
KacauLabs
E-mel: kacaulabs@gmail.com
Pindaan kepada notis ini
Kami mungkin mengemas kini notis ini dari semasa ke semasa. Sebarang pindaan akan disiarkan di sini dengan tarikh "Terakhir dikemas kini" yang baharu, dan kami akan memaklumkan ahli senarai menunggu melalui e-mel mengenai sebarang pindaan yang penting.